Educating UMNO. – Gembirakan rakyat dengan kebenaran dan kebaikkan. In shaa Allah.
Semusim
Semusim bagi politik Malaysia ialah 5 tahun. Belumpun sepenggal sekadar setahun kata seorang teman, bagai musim anjing mengawan, riuh rendah berkelahi berebut betina, si jantan mengangkang kencing merata menandai kawasan. Si betina terjelir ke hulu hilir menggesel gatal kepada jantan² algojo serakah.
Begitulah…
Setahun riuh dengan salah guna kuasa, lbgtq, rogol amah, liwat dan sodomi, cah keting, serang sesama rakan separti mahupun rakan sekandang, salah titik perpulohan, salah tafsir hutang, menipu dan berbohong GST, menjarah TH melalui SPV, Felda, Khazanah, Petronas, menipu sijil kelulusan dan bermacam persundalan politik, akedemik, agama dan ekonomi.
Semuanya berkisar kepada salah laku, bodoh atau gila kuasa.
Seorang teman mengherdik CT PAS yang terlalu baik tidak membedil PH seperti CT PH menyerang PAS…
Jawab aku “Penatlah bro… Setiap hari ada sahaja isu busuk PH, sehingga bangkai semalam belumpun di kambus, datang lagi bangkai baru, busuk kohong PH di hurung langau dari kepala hingga ke ekornya”.
“Tidak terlayan kami menghadapinya, hanya manusia bodoh sahaja tidak nampak buruknya PH.”
Baru setahun belum sepenggal… Makin busuk tanah Malaysia di planet Bumi ini. Berdoalah sekalian rakyat agar kerajaan busuk kohong ini terburai segera.
Tn Ismet GS
IslamMemimpin
AgamawanNegarawan
#TakAdaSelera
MAMPU Centre
17072019
